Muslim's medicine
Assalamualaikum w.b.t. and peace be upon you. From my big beautiful warlock brain, welcome to Perisple. You're either in my corner, or you're with the trolls. This is the personal world of Athirah Khairina Khairuddin. A 5th year medical student at Jordan University of Science and Technology so yup, she's in Jordan now. She has many hobbies and won't fit if they are written here. Allah is her God and Muhammad is her prophet. And so that makes her an abid and khalifah. Thank you for stopping by here. Anything to ask you can email me at ak.irarina@yahoo.com :)

Sunday, December 19, 2010

Pensel Kontot's Contest

Assalamualaikum...

Hari ni seperti biasa, saya ber 'blog dancing' mengelilingi dunia yang indah. Saya lihat begitu banyak blog berwarna warni... Cantik, lawa, ceh wah! Aduhai, hiperbola yang tak sedap lansung.

Dah lah ni saya nak cakap, A.K joined 1 contest ni. Tu dia banner dia dekat atas tu! A.K jumpa contest ni time ber'dancing' tadi. Semangat betul nak join ni! :D Apa macam mahu join sekali tak? :) Kita tengok syarat2 penganjur kita ni.

Syarat-syarat nak join Contest: Bikin Banner
  1. Buat satu entri mengenai contest ini, bertajuk Contest Bikin Banner DBSPK. *okay, dah buat dah*
  2. Banner jgn buat besar-besar. Cukuplah sekadar 125×125 je sizenya. *ingatkan kena buat besar macam gajah!*
  3. Banner tuh keep it simple la.... yang penting ada perkataan DAIRI BURUK SI PENSEL KONTOT tue... *baik tuan*
  4. Penggunaan kaler pink adalah dilarang sama skali!!! *dush... sah penganjur kita ni lelaki! Eeee... ya ke? Entah... nama samaran Pensel Kontot. Nama sebenar? Musykil juga ni*
  5. Suke hati korang nak guna gambar ape..dapat gambar kasut tuh pun cun gak...hehehe *dah puas saya round cari gambar kasut tu tapi tak jumpa... :P*
  6. Letakkan banner contest ini di side bar blog korang dan linkback ke entri ini ye. Biar sampai contest ni tamat. *sudah tuan*
  7. Letak link referrer (jika ada) - i.e. dari mana korang dapat tau tentang contest ni. *diri sendiri kut? Hehehe*
  8. Bila entry tu dah siap & segala syarat sudah dipenuhi, tinggalkan komen kat entry ni & sertakan link ke entry korang tu...senang aku nk gi tgk *yes sir!*
  9. Contest Bermula 1 Disember 2010 sehingga 31 Disember 2010 *sempat lagi nak join ni!*
Syarat nombor 4 itu agak tak menahan. Hahaha... Ya lah, saya kan peminat Pink! Tapi apa2 pun... mari tengok banner A.K buat. Sebab semangat sangat, A.K buat 2. Boleh kan pihak penganjur? :) Hadiah penganjur memang buat A.K semangat tau!

Kalau pihak penganjur nak tahu, A.K buat pakai Adobe Photoshop. Tak adalah lawa mana tapi okay lah kut? :) Sesedap mata memandang. Ceh wah, ni bukan ayat bodek nak menang ya. A.K pun memang berminat dengan designing ni! A.K suka buat banner, avatar, icon dan macam2 lagilah. Tapi masih di tahap amatur lah! Ingat nak jadi designer laa! :) Ya Allah A.K, sudah lah tu... cepat tunjuk pada penganjur banner nya! Ok... 1, 2, 3... Tadaaaa...
Ada harapan nak menang tak penganjur? :) Kredit dah habis lah penganjur... Huhuhu... Anyway, komen lah sikit di Tag Board A.K tu ya tentang banner A.K ni? :D Bye2 semua!

P/S: Siapa nak hadiah topup join contest ni ya! :D




Credits
Design by yours truly, A.K with base codes from . Lots of cuteness taken from and and . Smile to the pictures captured by , and . Ahhh... come to my library and books are read together :)
Links
Facebook Twitter Tumblr GoodReads Tagboard +Follow blog