Muslim's medicine
Assalamualaikum w.b.t. and peace be upon you. From my big beautiful warlock brain, welcome to Perisple. You're either in my corner, or you're with the trolls. This is the personal world of Athirah Khairina Khairuddin. A 5th year medical student at Jordan University of Science and Technology so yup, she's in Jordan now. She has many hobbies and won't fit if they are written here. Allah is her God and Muhammad is her prophet. And so that makes her an abid and khalifah. Thank you for stopping by here. Anything to ask you can email me at ak.irarina@yahoo.com :)

Tuesday, December 28, 2010

Blog Pilihan Malaysia

Assalamualaikum. hari ni A.K nak join segmen Blog Pilihan Malaysia ni. Blogger ikut negeri... wee... Dah sah tengok tajuk pun tahu A.K ni duduk negeri mana, negara mana. Tanpa membuang masa, jom berkenalan dengan A.K ya! :D

Nama anda - nama manja atau glamer
Nama saya A.K kalau nak bermanja ala2 kucing gitu. Nama glamer? A.K! Nama comel? A.K! Nama cool? A.K! Semua A.K lah... Tapi kalau nak serius seperti dalam meeting, Athirah Khairina bt. Khairuddin.
Status anda - sudah kahwin ke belum, anak berapa ramai, isteri berapa orang, heheh..
Semestinya dah kalau ditanya 10-12 tahun lagi *amiin*, tapi buat masa sekarang, A.K single tapi akan berkahwin dengan buku rujukan kerana dipaksa mama sebab SPM. Jemput datang ya majlis kahwin A.K ni... kui3
Cara hubungi - contohnya Facebook dan twitter, email boleh juga (mana tahu kalau ada orang nak panggil masuk tv atau suratkhabar). no telefon tidak digalakkan.
Berlambak email ada, nak yang mana satu? Tapi kalau urusan ala rasmi macam ni, just drop me an email di
ak.irarina@yahoo.com.
Facebook: Search nama Athirah Khairina
Yahoo Messenger: Add email di atas
Daerah/Jajahan - di mana anda tinggal
Dah saya tulis "Saya Blogger Melaka", so maknanya saya tinggal di Melaka la... Di kawasan Batu Berendam ya!
Tempat tinggal - jangan bagi alamat seperti dalam mykad pula, cukup sekadar bagi nama kampung, taman, felda, atau estet mana.
Orang Melaka Tengah mesti tahunya kalau saya cakap, saya tinggal di Taman Merdeka. Kalau tak tahu, memang nak kena ni.... Merupakan sebuah taman yang amat besar. Pelbagai kaum hidup harmoni mengikut slogan 1 Malaysia!
Apa yang menarik di tempat anda - contohnya ada gua ke, ada lombong emas ataupun ada puteri bunian. heheh..
Ada airport, betul2 sebelah rumah! Tapi setakat fly ke Bandung je la.


Lepas tu ada banyak kedai2. Ceh wah, ni tempat menarik? Menariklah sebab rumah A.K dekat dengan Giant, Cowboy, Family Store dan coming soon Econsave. Hah! Kan senang suri rumah nak shopping barang basah ni! Pilih jer yang mana suka.

Jika anda belajar Geografi, anda mesti tahu yang Batu Berendam ni merupakan kawasan perindustrian. Banyak kilang! :) Kalau tak tahu? Maka, sila buka buku teks tingkatan 3 anda ya!

Pasar borong besar Melaka. Hah, kan dah kata... ni satu dalam sejuta tau di Melaka ni!
Hah, tu tentang A.K si gadis Melaka!
Anda bagaimana?
Cepat join segmen Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri!




Credits
Design by yours truly, A.K with base codes from . Lots of cuteness taken from and and . Smile to the pictures captured by , and . Ahhh... come to my library and books are read together :)
Links
Facebook Twitter Tumblr GoodReads Tagboard +Follow blog