Muslim's medicine
Assalamualaikum w.b.t. and peace be upon you. From my big beautiful warlock brain, welcome to Perisple. You're either in my corner, or you're with the trolls. This is the personal world of Athirah Khairina Khairuddin. A 5th year medical student at Jordan University of Science and Technology so yup, she's in Jordan now. She has many hobbies and won't fit if they are written here. Allah is her God and Muhammad is her prophet. And so that makes her an abid and khalifah. Thank you for stopping by here. Anything to ask you can email me at ak.irarina@yahoo.com :)

★► Zureen dear
Sunday, December 19, 2010

Assalamualaikum.

Pada hari ini A.K nak berbahasa Melayu pula. Tidak mengapakan? :) A.K nak perkenalkan kawan always-there-when-I-need-you-especially-bab-cinta A.K selepas Becha, Nadia, Najah dan Su. Tidak lain dan tidak bukan, Cik Khaizureen Darwis @ Dzureen @ Zureen @ Zuin.

Mari lawat blog dia di sini sebelum apa pun! :)
http://modestysarcastic.blogspot.com/
Dia cerita pasal A.K di sini:
http://modestysarcastic.blogspot.com/2010/12/all-about-akay.html

Zuin ialah table mate saya yang paling berdedikasi mendengar saya berceloteh ala2 membebel, menyanyi tapi suara tak sedap, marah tanpa sebab, dan merajuk sayang gitu. Zuin dear, swear saya suka jadi table mate walaupun selalu *batuk* correction, tiap2 hari bergaduh. Bak kata Zuin, kalau sehari tak bergaduh tak sah, ok?

Siapa cakap senang duduk dengan kau? Pergh... boleh kering tekak saya bergaduh dengan kau. Ok, saya mengaku di sini, saya yang banyak buat masalah pada kau. Sayalah yang rajin memulakan dan mencari topik untuk pergaduhan. Bila ingat balik, kita gaduh sebab yang entah apa2 kan? Sebab kau kecil hati saya tak dengar kau panggil saya, sebab jalan ke lab tak tunggu kau dan segala remeh temeh yang ala2 budak kecil gaduh gitu. Best juga kan? :) Tapi2 kalau tiap2 hari macam ni, sure saya kena minum Kacip Fatimah lepas ni! Hehehe...

Saya dah melihat dia ni menjadi semakin tua + matang (padan muka kau) sepanjang tahun ni. Dari masa kau tengah buntu tentang tak dapat jadi PPSP sehinggalah kau dengan bangganya (ceh wah) jadi BWP! Serious, I'm proud of you dear! Saya akan sokong kau dari tepi next year ya? :)

Zuin, dari tahun lepas, kau menjadi kaunselor saya yang tak bergaji. Maaf saya tak bekerja, tiada gaji. Hehehe... Ingat tak lagi time saya menangis sebab dia di bilik kau lepas saya bagi letter pada dia? Ataupun time di kelas 3 Vanda mendengar perasaan saya dan dia tu betul2 berada di belakang saya. Entah apa2 kan? Even tahun ni, kau dengar je bila saya cakap saya miss dia. Tak pernah kau give up suruh saya... lupakan dia. And yes dear, I forgot about him already!

Saya memang cemburu dengan otak Additional Mathematics kau. Bukannya apa... saya ni so-so jer di bidang math ni. Kagum betul bila tengok kau jawab add math! Cepat, tangkas, efiksien dan macam2 lagi lah. I always think that your future lies in this mathematics course! Saya juga cemburu kerana kau pandai berkomunikasi dan mangajar. Confident habis!

Zuin, tahukah kau yang kau ni pemendam rasa tapi kadang2 bila dah meletup, mulut kau boleh tahan bisa? Especially bila kita bergaduh lah... kadang2 naik takut tau! Serious tak tipu! So bila rasa kau dah tenang sikit baru saya pujuk. Kalau time marah hmmm... kirim salam jer lah pada perkataan sorry. Nak tengok muka pun tak mahu. Lepas tu kau sendiri nangis di bilik iron! Tahukah kau, Nabillah Athirah dah naik bosan + muak + menyampah kalau saya balik prep malam cakap, "Aku gaduh dengan Zureen lagi lah hari ni... nak wat ape hah?" Tapi pada pendapat saya, kau ni juga amat jiwang sebenarnya tau!

And Zuin I know you are addicted my pink water bottle right? Tak apa kalau tak nak ngaku... Alaaa... kalau tidak, tak kan sepanjang masa kau cari botol air tu tak kira siang malam. Kalau saya tak bawa, fuh... kecewa kau dibuatnya! Hahaha... ni tak termasuk dengan gula2 + coklat saya kan? Lagi kamu addicted kan? Hahaha...

Last but not least, will you sit beside me again next year? :)
You said yes and dear... I'm really happy excited about it dear! XD




Credits
Design by yours truly, A.K with base codes from . Lots of cuteness taken from and and . Smile to the pictures captured by , and . Ahhh... come to my library and books are read together :)
Links
Facebook Twitter Tumblr GoodReads Tagboard +Follow blog