Muslim's medicine
Assalamualaikum w.b.t. and peace be upon you. From my big beautiful warlock brain, welcome to Perisple. You're either in my corner, or you're with the trolls. This is the personal world of Athirah Khairina Khairuddin. A 5th year medical student at Jordan University of Science and Technology so yup, she's in Jordan now. She has many hobbies and won't fit if they are written here. Allah is her God and Muhammad is her prophet. And so that makes her an abid and khalifah. Thank you for stopping by here. Anything to ask you can email me at ak.irarina@yahoo.com :)

★► Rajin
Saturday, March 16, 2013


Assalamualaikum w.b.t

"Tira, belajar rajin-rajin ya nak."

Pesan mama pada saya. Dan pesan ibu anda pada anda terutamanya ketika hari anda hendak fly ke luar negara atau apabila time nak SPM/PMR/UPSR etc. Konfem bukan sekali malah berkali-kali. TAPI masalah saya dan anda... kata lawan bagi rajin (baca: malas) selalu kuasai diri. Urghhhhhhhhj *facepalm* saya jamin kalau malas ni ialah sejenis monstah macam dalam game, mesti kita akan isytihar perang dunia ke-7 untuk bunuh dia. Unfortunately, it is not.

Mama kata jadilah rajin macam abang saya. Eh rajin sangat ke abang saya ni? RAJIN. Rajin main komputer. Rajin naik motor keluar malam. "Itu rajin ke Tira oiiii?" Anda soal saya. Dah abang saya ambil course Computer Science... mestilah kena rajin buka komputer! Ingat senang ke course abang saya ni? Kita ni yang ambil Visual Basic pun dah mencungap macam ikan emas time takde oksigen... boleh bayang abang saya kena hadap komputer selesaikan satu assignment buat satu program bermalam-malam sampai sakit belakang? Boleh???

Abang saya ialah salah seorang penuntut UiTM Lendu Melaka dan tidak tinggal di kolej uni. Abang kena berulang alik ke uni setiap hari. Tak jauh... dalam 25++ km jer jaraknya dari rumah saya di Taman Merdeka, Melaka. Abang saya time ada kelas pagi kena bertolak awal nak pergi. Kalau abang ada kelas sampai malam atau study group... abang kena balik malam. Hah time ni lah abang saya rajin naik motor time malam. Kita ni nak balik dari Puskom ke rumah sendiri pun bising. Lagi lagi rumah area Zam Zam dan sekitarnya. Penat. Malas. Gelap. Time winter kita akan bebel sejuk. Dan anda akan kata abang saya takpe ada motor... tak penat. No no no you are wrong. *goyang jari telunjuk* Naik motor ni penat, lagi lagi lepas study. 

Boleh jer abang saya tumpang tidur rumah sewa kawan dia yang duduk sekitar uni but memikirkan mama saya yang keseorangan di rumah... abang gagahkan diri. Jalan nak balik dari uni ke rumah ni gelap walau ada lampu. Orang Melaka tahu jalan area Alor Gajah ni nak ke Melaka Tengah. Kalau anda bukan orang Melaka sila bayangkan jalan kampung yang sunyi sepi, banyak pokok, gelap, ada lampu jalan raya malap. Angin bertiup kencang saat motor meredah malam. Sejuk. Anda yang pernah naik motor mesti boleh bayang. Dah tu... dah balik rumah esok pagi kena pergi balik uni. Tidur rumah kawan boleh save minyak and masa and kudrat. Saya akan surrender tapi abang saya... fuhhhhh walau pukul 12 kelas habis, by 1 abang dah selamat sampai rumah. Tak ke rajin tu?


Kita ni, nak pergi uni yang kena jalan kaki 10 minit ke stesen bas dan kemudian duduk selesa pun boleh kata tak rajin kelas. Aiyooo... ada orang sanggup berjalan kaki dan risikokan nyawa sendiri semata mata nak kelas. Mereka itulah pelajar di daerah pedalaman Sabah dan Sarawak yang masih belum mempunyai sistem pengangkutan jalan raya. Naik perahu dalam sungai ada buaya. Kita naik bas bukan kat jalan ada gajah kejar. Err... ada gajah ke di padang pasir ni?

Jadi jom kita sama sama doa moga Allah jentikkan hati kita semua untuk terus istiqamah ke kelas setiap hari :) In shaa Allah, setiap langkah ke kelas ada ganjarannya. Rasa rajin ke kelas, adakah in cinta?
 
P/S: Abang saya sudah menamatkan dengan jayanya diploma Komputer Sainsnya dan kini baru sahaja mendaftar sebagai pelajar degree dalam kursus Artificial Intelligence di UiTM Shah Alam. Tahniah abang. I love you forevahhh lahhhh :3

“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.”(Bukhari)




Credits
Design by yours truly, A.K with base codes from . Lots of cuteness taken from and and . Smile to the pictures captured by , and . Ahhh... come to my library and books are read together :)
Links
Facebook Twitter Tumblr GoodReads Tagboard +Follow blog