Muslim's medicine
Assalamualaikum w.b.t. and peace be upon you. From my big beautiful warlock brain, welcome to Perisple. You're either in my corner, or you're with the trolls. This is the personal world of Athirah Khairina Khairuddin. A 5th year medical student at Jordan University of Science and Technology so yup, she's in Jordan now. She has many hobbies and won't fit if they are written here. Allah is her God and Muhammad is her prophet. And so that makes her an abid and khalifah. Thank you for stopping by here. Anything to ask you can email me at ak.irarina@yahoo.com :)

★► Ayah :"(
Friday, April 19, 2013

Assalamualaikum w.b.t.

18 April 2013. Khamis. 

Tidur lambat di malam sebelumnya sebab Khamis ni periksa Physiology. Terasa banyak benda tak habis baca lagi. Minggu ini ialah minggu yang Allah sahaja tahu bagaimana sibuknya saya. Ujian saya berderet. 17 April Organic Chemistry, 18 April Physiology, 21 April Anatomy dan 23 April Histology. Saya rasa saya tidur dalam pukul 4.00 am.

Bangun pagi dalam pukul 7.30 am, seperti biasa saya akan menge-check telefon bimbit. "Eh, abang Whatsapp." Jarang berlaku. Selalunya saya yang mesej abang dulu. Dengan lajunya saya menekan mesej abang. Ringkas. Pendek.

Tirahh
Ayah eksident.

Kepala saya berputar sebentar. Cuba menghadam mesej abang. Dahlah kepala saya pening tak cukup tidur... saya rasa lambat juga saya dapat faham mesej abang. Ya Allah, kenapa kepala lambaaaaat loading ni??? 2 minit kemudian barulah bertubi tubi soalan saya bagi abang tetapi abang tak balas. Waktu tu... air mata dah mengalir laju. Saya mesej mama, mama tak balas juga. Tapi penantian saya tak lama, abang balas memberitahu keadaan sebenar. Abang kata ayah kemalangan teruk. Waktu tu Allah sahaja tahu macam mana hati saya direntap.

Saya tak boleh gambarkan perasaan ketika dapat berita buruk ni. Allah. Rasa mcam mimpi di siang hari pun ada. Saya tahu jer... benda macam ni boleh berlaku bila-bila masa. Malang tidak berbau. Tetapi ayah ialah manusia biasa... kadang-kadang tersilap langkah dalam menunggang motosikal (ya... ayah saya kemalangan motosikal!). Lama saya cuba mencari kekuatan dalam diri untuk bangun dan pergi ke dewan periksa. Jumpa kawan, saya tabahkan hati untuk senyum dan apabila mereka bertanya tentang ayah, saya senyum dan cuba bagi jawapan terbaik (walau saya sendiri tak tahu keadaan ayah).  Saya hanya berani menelefon mama selepas selesai ujian. Dengar suara mama, saya terus menangis. Ya Allah, selamatkan ayahku.

Seharian saya tak menentu. Balik bilik saya terus tidur kerana kepala yang sakit dan jiwa tak tenteram. Allah.

Namun, Alhamdulillah... belajar di bumi anbiya ini saya bertemu dengan ramai orang yang baik. Kawan-kawan dan senior-senior yang berada di Malaysia mahupun Jordan, semuanya memberi sokongan yang padu. Mereka menyuruh saya untuk banyak bersabar. Harus jadi kuat dan banyakkan berdoa pada Allah. Ada yang share ayat-ayat Al-Quran, datang melawat, bagi coklat, bagi bunga, call, etc. Alhamdulillah ya Allah. Tenang sikit hati saya :")

Ya Allah. Kuserahkan ayahku, ibuku dan keluargaku padaMu untuk Kau lindungi. Berikan kesembuhan pada ayahku ya Allah. Hanya padaMu tempatku berserah. Amin.

Mohon doa anda semua buat ayah yang ketika ini di ICU. Kritikal. Allah. Moga setiap doa yang anda titipkan membantu ayah untuk cepat sembuh. JazakaAllah.




Credits
Design by yours truly, A.K with base codes from . Lots of cuteness taken from and and . Smile to the pictures captured by , and . Ahhh... come to my library and books are read together :)
Links
Facebook Twitter Tumblr GoodReads Tagboard +Follow blog